Bapa Anwar Ibrahim Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada 1.45 pagi ini, menurut status terkini di laman Facebook dan Twitter Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jenazah Datuk Ibrahim Abdul Rahman akan dibawa pulang ke rumahnya di Country Heights, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Ramal, selepas Zohor.
Catatan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab kematian.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir tujuh tahun lepas. - Bernama

0 Response to "Bapa Anwar Ibrahim Meninggal Dunia"

Post a Comment