Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahwa Shirul Azhar Umar juga pernah berhkidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.
"Orang yang dikatakan telah melakukan (Pembunuhan) adalah salah seorang pegawai peribadi saya. Shirul menjaga saya pada masa itu.
"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).
Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Shirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis lalu, Dr Mahathir mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menganggap dakwaan Shirul itu sebagai "Merepek"
Shirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana Menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.
0 Response to ""Dia Tak Bunuh Sesiapa Pun Ketika Itu" - Tun Dr Mahathir "
Post a Comment