Video: Aksi PM, Rosmah Dan Altantuya Menari Dikecam

Kuala Lumpur – Sebuah video tarian yang disunting menggunakan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 40 saat itu memperlihatkan Najib, Rosmah dan Altantuya menari mengikut rentak lagu rancak dalam bahasa Tamil.

Berdasarkan pemerhatian video itu mula dimuat naik oleh pengguna facebook, Kalai Vanan pada 4 Mac lalu tetapi mula dikongsi ramai sejak malam semalam.

Dalam video itu, Najib dilihat memakai kot berwarna hitam dan bersongkok manakala Rosmah dan Altantuya, masing-masing memakai pakaian sendat berwarna hitam serta putih.

Menerusi video itu, mereka dilihat menari bersama wang yang banyak dan juga kereta mewah berwarna perak.

Rata-rata pengguna mengecam video itu kerana menjatuhkan air muka pemimpin negara dan disifatkan sebagai tidak bertamadun. – The Rakyat Post
Video by SuaraTV

Video: Aksi PM, Rosmah Dan Altantuya Menari DikecamKuala Lumpur – Sebuah video tarian yang disunting menggunakan wajah...
Posted by Informasi Malaysia Kini on Wednesday, 1 April 2015

1 Response to "Video: Aksi PM, Rosmah Dan Altantuya Menari Dikecam"