Helikopter Terhempas dipercayai bawa orang kenamaan & pegawai kerajaan


heli terhempas

SEMENYIH – Sebuah helikopter terhempas manakala, 2 penumpang dipercayai rentung dalam kejadian di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira pada pukul 4.55 petang tadi.

Daripada jurucakap bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya telah menerima panggilan pada jam, 4.57 petang.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi & Kajang diarahkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati helikopter terhempas dan terus terbakar. Terdapat 6 mangsa dalam pesawat berkenaan.

Maklumat awal, bangkai helikopter ditemui kira-kira jam 6. 10 petang.

“Tiga mangsa termasuk dua rentung berjaya ditemui, manakala, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ke atas tiga lagi mangsa,”katanya

Maklumat turut tersebar, helikopter tersebut membawa beberapa orang kenamaan dan pegawai kerajaan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, pesawat yang terhempas adalah milik swasta S 365 (Solitaire Services) yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, 3 mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Credit to : Sinar Harian

Update:

helikopter

UPDATE---SEMENYIH - Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui.

Mayat akan dibawa ke Hospital Kajang.

Difahamkan, helikopter malang itu membawa Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain.
Bernama hari melaporkan yang sebuah helikopter membawa enam orang termasuk juruterbangnya terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
“Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
UPDATE-1: Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis disahkan berada dalam helikopter tersebut.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
11128815_10206133361276779_1456241473_n.transformed
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.   http://hanasuva.com/2015/04/04/tan-sri-jamaluddin-jarjis-antara-mangsa-nahas-helikoper-terhempas-di-semenyih/

0 Response to "Helikopter Terhempas dipercayai bawa orang kenamaan & pegawai kerajaan"

Post a Comment